Wednesday, 22 February 2017

Mr Viralicious

Pengsan selepas kepala dihentak tayar yang tercabut dari treler


BRAZIL - Seorang lelaki bernasib baik kerana masih hidup selepas kepalanya dihentak sebiji tayar yang tertanggal dari sebuah treler yang ditunda, lapor Mirror

Terdahulu mangsa dilihat sedang berjalan bersama seorang wanita sebelum kepalanya dihentak tayar tersebut yang bergolek ke arah mangsa. 

Selepas kejadian itu, mangsa tidak sedarkan diri. Beberapa orang awam yang berhampiran menyaksikan kejadian itu segera mendapatkan mangsa untuk memberi bantuan. 

Kejadian dilaporkan berlaku di Ipatinga, Minas Gerais, Brazil pada 17 Februari lalu. 


Pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan kepalanya mengalami luka. Mangsa kini berada di hospital dan dijangka terus hidup. 

Rakaman kamera litar tertutup itu telah dimuat naik di laman YouTube dan telah ditonton lebih 14,400 kali. - The Reporter
Read More
Mr Viralicious

Demi pelajar, guru tetap sumbangkan ilmu walaupun terpaksa pikul beban tumor 10 kg


THAILAND - Meskipun terpaksa pikul beban seberat 10 kilogram di bahu setiap hari, namun keadaan itu tidak menghalang seorang lelaki untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. 

Watchara Nadee atau nama panggilan Kru Lek, disahkan menghidap kanser di bahu kanannya sejak setahun lalu. Pada awalnya, keadaan Kru Lek tidak begitu teruk. Apabila bahunya mula membengkak pada awal tahun ini, Kru Lek pergi mendapatkan rawatan di hospital seperti biasa mengikut rutin temujanjinya sebelum ini.. 

Walaupun terpaksa memikul beban ketumbuhan tumor seberat 10 kilogram itu, Kru Lek tetap seperti biasa meneruskan kerjanya di Nakhorn Sawan Technical setiap hari. 

Sebagai guru, Kru Lek diberikan insuran perubatan, namun terhad kepada 100,000 baht bagi tempoh setahun. 

"Saya rasa keadaan dia adalah serius dan untuk merawat penyakitnya memerlukan perbelanjaan tiga kali ganda dari jumlah insuran yang diberikan. Bila had itu dicapai kelak, sudah tentu dia tidak mempunyai wang yang cukup dan rawatan terpaksa dikurangkan. Tidak ubah seperti orang miskin yang tidak berkemampuan mendapatkan perubatan di hospital," kata rakannya, Monk Bhin.


Menurut Kru Lek, dia enggan membuatkan ibunya yang berusia 74 tahun (lumpuh) berasa bimbang. Tambahan, dialah satu-satunya yang menjaga ibunya selama ini. Disebabkan itu, beliau menyembunyikan ketumbuhannya itu dengan kain. 

Katanya lagi, sokongan dan dorongan dari pelajarnya selama ini yang telah banyak membantunya untuk terus hidup mengharungi dugaan ini.

"Pelajar saya yang banyak memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan hidup," katanya. - The Reporter
Read More
Mr Viralicious

Akhirnya Putrajaya luluskan penggunaan penapis haba kenderaan


PUTRAJAYA - Penggunaan filem penapis haba kenderaan kini tidak lagi dilihat sebagai aksesori tambahan. Sebaliknya ia lebih kepada keperluan pemilik kenderaan untuk mengurangkan kepanasan ketika memandu. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata, berikutan itu, kementerian melalui Jabatan Standard Malaysia sudah meluluskan sembilan Standard Malaysia (MS) baharu termasuk berkaitan filem penapis haba. 

Ia bagi memberi panduan kepada pihak industri dan orang awam berkenaan spesifikasi yang menepati spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

"Menerusi standard ini, orang ramai akan lebih mudah memahami spesifikasi yang ditetapkan JPJ dan mengurangkan kekeliruan antara penjual filem berkenaan dengan pemilik kenderaan. 

"Ia turut memberi panduan kepada individu yang membawa masuk kenderaan import ke dalam negara khususnya bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap," katanya, lapor Harian Metro

Madius berkata, MS itu menyokong Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larnagan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000 di bawah JPJ untuk membantu mengawal selia dan mentadbir piawaian keselamatan kenderaan bermotor dengan cekap serta berintegriti. 

Ia juga bagi memenuhi keperluan pengguna, alam sekitar serta industri automotif negara. 
Read More
Mr Viralicious

Awas! Lima Bahagian Ayam Yang Mengandungi Racun !!! Jangan Ambil endah perkara ini !!

Namun, tahukah kita semua, terdapat lima bahagian ayam yang terkandung racun? Jika kita kerap memakan bahagian ini, mungkin kita akan terkena racunnya.
1.Kepala  
Bahagian ini dikatakan mengandungi logam berat. Walaupun bukan keseluruhannya, namun kawasan leher adalah tempat kebiasaan yang digunakan penternak memberikan zat kimia untuk makanan ayam. Bekas bahan kimia pada makanan itu yang berbentuk logam berat terus tersimpan (terlebih dalam otak ayam) yang pasti membahayakan kesihatan manusia.
2.Kepak  
Ramai yang gemar bahagian ini kerana dikatakan kurang mengandungi lemak, tetapi bahagian inilah dikatakan lebih banyak mengandungi pelbagai jenis ubat.
Di sinilah ayam akan disuntik dengan pelbagai ubat terutama untuk proses tumbesaran.
Ayam akan diberikan hormon sekurang-kurangnya empat kali untuk cepat matang. Kerana itu, dahulu ayam mengambil masa agak lama berbanding sekarang kurang empat bulan ayam sedia untuk dijual. Jadi apabila kerap memakan bahagian ini, risiko mendapat penyakit kanser sangat tinggi.
3.Leher  
Ramai juga penggemar leher ayam. Dulu, ada yang takut kalau makan leher ayam ini, nanti naik pelamin, kepala teleng. Bahagian ini mengandungi kandungan bakteria serta virus yang sangat tinggi.
Biarpun hanya sedikit daging di bahagian ini, namn inilah bahagian paling banyak pembuluh darah serta kelenjar. Lebih mudah kuman memasuki badan kita dengan memakan bahagian ini.
4.Buntut 
Dikatakan banyak memakan bahagian ini berisiko menghidapi kanser usus. Bahagian ini memiliki kandungan hormon, serta adalah tempat berkumpulnya kelenjar. Segala ubat yang dimasukkan ke ayam tidak dapat dicerna baik lalu berkumpul di bahagian ini.
5.Kulit  
Makan daging ayam tanpa kulit, tidak lengkap rasanya. Hakikatnya, kulit antara bahagian yang bahaya juga. Menerusi kajian di Jepun, antibiotik, hormon, toksin yang larut dalam lemak ada di dalam kulit haiwan, termasuk juga ayam.
Di dalam kulit ayam sangat banyak tersimpan toksin yang berbentuk larut dalam lemak, yang pasti dapat sangatlah merubah metabolisme toksin dalam hati. Jika terlebih makan kulit ayam, mudahlah mendapat masalah obesiti.
Read More
Mr Viralicious

( GAMBAR ) Terlalu Kejam dan zalim.. Dirantai along hingga daging bercantum dengan rantai !!

( GAMBAR ) Terlalu Kejam dan zalim.. Dirantai along hingga daging bercantum dengan rantai !!

Gambar Zhang Chuanqiu , kulit pada tangannya telah bercantum dengan rantai yang di ikat pada tangannya oleh ceti haram.

Zhang Chuanqiu telah dirantai di kandang lembu pada tahun 2005 di sebabkan daripada pertikaian ke atas pinjaman untuk membina rumahnya.

Beliau kini cuba untuk mengumpulkan lebih RM5000 untuk membayar kos doktor untuk menyelamatkan tangannya.




Read More