Anda Peminat Setia KFC? Jangan Buang Resit KFC, Diskaun Ayam Menanti Anda!!

Jom Share...

Ramai yang tidak tahu kan?Termasuklah admin sendiri,perkongsian berguna ini telah ditulis oleh saudara Ahmad Wazir Aiman dan telah dikongsikan oleh laman blog the vocket

Ramai mungkin tak perasan nota di bawah resit pembelian KFC. Namun bagi saya, saya dah perasan iklan diskaun ni sejak tahun lepas lagi memandangkan saya pemakan ayam yang tegar dan KFC sering menjadi tempat saya memuaskan nafsu (untuk makan ayam).

Sebaik sahaja anda peroleh resit KFC, semak laman sesawang yang dinyatakan di dalam resit tersebut iaitu www.kfc.com.my/feedback dan lengkapkan maklumbalas di laman tersebut dalam masa 3 hari daripada tarikh resit itu dikeluarkan.

Pastikan anda menyimpan resit tersebut kerana sebaik sahaja anda selesai mengisi maklum balas, kod validasi akan diberikan dan boleh dicatat ke atas resit (di ruang kosong).

Kod tersebut untuk membuktikan yang anda telah mengisi maklumbalas. Bawa resit tersebut untuk menebus diskaun 10% untuk pembelian 3 ketul ayam yang laku untuk Eat in atau take away (RM 12.15). Tempoh penebusan pula laku dalam tempoh 30 hari selepas resit asal dikeluarkan.

Tawaran yang sama di bahagian bawah resit ini juga boleh didapati di franchise makanan segera lain seperti Subway dan Pizza Hut. Jadi rajinkan diri untuk baca resit anda.

Selamat makan ayam.

Artikel di atas disumbangkan olehAhmad Wazir Aiman. Beliau merupakan pelajar perubatan di UKM. Boleh ikuti beliau di sini.

Loading...