GEMPAR: Taska Apa ni? Video Pengasuh TASKA Suap Makanan Bayi Berbaring dan Minta Kanak-kanak Lain Urut Kakinya Undang Kemarahan Ibubapa.

Jom Share...

KUALA LUMPUR – Kecoh di media sosial sebuah taska dilaporkan tidak mematuhi atau mengamalkan ciri-ciri sebuah taska
mengikut standard yang telah ditetapkan mencetuskan kemarahan netizen khususnya golongan ibu.

Gambar dan video yang dimuat naik oleh Azlinda Husna itu menunjukkan anak-anak asuhan dibiarkan baring di atas lantai
tanpa sebarang alas, selain bayi dibiarkan menangis dan diberi makan dalam keadaan baring.

Beberapa anak-anak asuhan berusia lingkungan 3-4 tahun pula dilihat disuruh mengurut kaki seorang pengasuhnya.

Berdasarkan video dan gambar tersebut, keseluruhan operasi taska yang tidak didedahkan lokasinya itu dilihat tidak
mempunyai kakitangan yang mencukupi sehingga taska menjadi huru hara dan tidak teratur.

https://youtu.be/mqZsci43nCY

Menurut Azlina, beliau sudah cuba melaporkan perkara itu kepada pihak JKM sejak 5 Mac lalu, namun tiada sebarang tindakan
yang diambil. Sehinggalah semalam beliau menghubungi Talian Annur.

“Alhamdulillah, JKM dan pihak polis telah jalankan siasatan. Semoga perkara ini menjadi iktibar buat semua ibu bapa dan diri
saya sendiri.

“Kalau anak kecil menangis-nangis tak nak dengan pengasuh, segeralah cari yang lain. InshaAllah ada jalan penyelesaian,”
katanya.

Loading...