Jangan lap dapur gas kaca dengan kain basah ketika masih panas

Jom Share...
Foto – Maz Nita

SEPANG – Laman group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) hangat dengan perbincangan mengenai dapur gas kaca seorang ahlinya, retak dan berkecai, bagaimanapun tidak dinyatakan punca keretakan tersebut. 

Bagaimanapun, beberapa ahli MAHN berkongsi pengalaman masing-masing yang juga pernah terkena situasi yang sama yang difahamkan berpunca dari beberapa kecuaian penggunanya sendiri. 
“Semasa dapur gas kaca seperti ini sedang panas, usahlah dilap dengan kain yang basah walaupun kuah atau air tertumpah sekali pun. Kena tunggu sejuk dulu, baru boleh dilap. Tak kira apa jenama terkemuka, itulah tipsnya,” kata Nurul Atiqah.
“Biarlah orang nak kata awak pengotor ke, pemalas ke dan dah masak tak reti lap dapur. Orang tak faham, kita nak menjaga keselamatan.
“Selain itu, orang ramai perlu tahu bahawa dapur gas kaca seperti ini tidak mampu menahan berat yang melampau kerana kebanyakan penggunaannya ‘ditanam’ dalam kabinet dan berat dapur gas disokong oleh kaca itu sendiri. 
“Senang cerita, jika ahli keluarga ramai, gunakan dapur gas yang klasik untuk keselamatan,” kata Cik Bunga. 
Foto – Dzuliani Nanie
“Dapur kaca ini khas untuk yang built in, yang table topnya dipotong bentuk empat segi untuk memuatkan dapur gas kaca agar ada pengudaraan di bawahnya. 
“Bukannya diletakkan di atas table top seperti dapur gas biasa sebab tak ada pengudaraan di sebelah bawahnya. Jadi, bahang panas tidak dapat keluar atau dihalang table top akan mengakibatkan kaca itu panas dan retak,” kata Siti Noraida Johari.
Para pengguna khususnya golongan wanita terlebih dahulu membaca manual prosedur penggunaan dapur gas kaca yang disertakan, agar kejadian atau kemalangan yang tidak diingini dapat dielakkan. – The Reporter

Loading...