‘Jika ALLAH Izinkan, Kita Jumpa Semula Ye’ – Abby Abadi

‘Jika ALLAH Izinkan, Kita Jumpa Semula Ye’ – Abby Abadi

Jom Share...

‘Jika ALLAH Izinkan, Kita Jumpa Semula Ye’ – Abby Abadi

Baru-baru ini kita telah mendapat berita bahawa pelakon wanita, Abby Abadi telah ditimpa satu ujian yang cukup besar buat dirinya di mana bayi dalam kandungannya yang berusia 5 bulan telah meninggal dunia di dalam perut.

Berita ini diketahui daripada akaun Instagram bekas suaminya yang merupakan seorang pelakon, Norman Hakim.

Terkini, menerusi akaun Instagram Abby, dia baru sahaja berkongsi gambar dirinya sedang melawat kubur anaknya yang baru disemadikan beberapa hari yang lalu.

Diruangan kapsyennya pula tertulis,

 “#MuhammadFirdausFaizal
Baru berkesempatan melawat tempat persemadian anak Mama/Abah. Semoga tenang di ‘sana’ ye anak. Jika ALLAH izinkan, kita jumpa semula ye ,” tulisnya.

Dengan melihat gambar Abby ini sudah cukup membuatkan perasaan sedih timbul di hati kita, inikan pula dirinya sebagai ibu yang menanggung ujian ini.

Terdapat sebuah lagi gambar yang dikongsikan oleh Abby tiga hari lalu, dia memberitahu nama kepada arwah bayinya ialah Muhammad Firdaus Faizal.

“Baby Boy
“Isnin, 10-7-2017
“Abah terus letak nama #MuhammadFirdausFaizal,” tulisnya.

Di ruangan kapsyen juga Abby berkata antara punca bayi meninggal di dalam perut selain darah tinggi ialah bayinya terbelit dengan tali pusat.

 “Antara punca baby mati dalam perut selain darah tinggi, ialah baby tu terbelit tali pusat. Wallahuallam lah, tp ketat betul belitan kt leher dia tadi huhu…sian hero mama. Semoga ALLAH izinkan kita bertemu semula di SyurgaNYA.. Amin ,” tulisnya lagi.

Semoga Abby dan suami terus tabah menerima dugaan yang menimpa mereka ini.

Sumber: MEDIA HIBURAN

Loading...